Tuesday, December 1, 2015
TELUR DADAR BERKEJU
TELUR DADAR BERKEJU
sumber : Fattah Amin/FB-MAHN...
Bahan-bahan :
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
3 tangkai daun sup - hiris halus
7 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan keju cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi Secukup Rasa
sedikit mentega
Cara Memasak :
1. Campurkan telur bersama kesemua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stick saiz kecil dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati. (sebaiknya gunakan kuali pemanggang ajaib)..
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi langkah 3, 4 dan 5 sehingga selesai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment