Saturday, August 25, 2018
NASI LEMAK SAMBAL KERANG & SAMBAL TUMIS SARDIN.!!!
RESEPI SAMBAL TUMIS SARDIN
sumber : iresepi.com@Che Nom
Bahan-Bahan :
1 tin ikan sardin
3-4 sudu besar cili kisar
2 biji kentang (tak letak)
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 biji bawang merah ~ hiris nipis
2 hirisan nipis halia
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar ~ hiris nipis
Cili padi secukupnya ~ jangan potong masukkan sebiji-sebiji
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. (Masukkan kentang yang dipotong ikut suka pada waktu ini supaya kentang mudah empuk).
4. Masukkan isi ikan dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin hancur. Kemudian masukkan pula kuah ikan sardin. air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
TIPS : boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa...
RESEPI SAMBAL TUMIS KERANG
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk isi kerang
2 sudu besar cili kisar
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Garam & gula secukupnya
1/4 keping asam gelugor/keping
1/2 biji bawang besar Holland (optional)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Tumiskan bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumiskan cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.
3. Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja. Masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
4. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.!!!
RESEPI NASI LEMAK
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 cawan beras ~ cuci bersih & toskan
1 kotak santan (200 ml)
Air secukupnya
Secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris
Setitis pewarna hijau (jika suka, saya tambah untuk naikkan seri nasi)
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker, sukat air secukupnya dan masaklah seperti biasa. Apabila masak, gaul rata sehingga kepala santan bergaul rata.
2. Bolehlah dihidangkan dengan lauk-pauk yang disukai..!!!
Labels:
Set Nasi
JALAN-JALAN DI ADVENTURE PARK...
24/8/2018 (Friday) M Zayin Ashraff
Adventure Park -
EcoHill 2 Link at Setia EcoHill 2 a boon for
Beranang and Semenyih folks...
Labels:
Album Famili
TEMPE GORENG KICAP...
RESEPI TEMPE GORENG KICAP
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 bungkus tempe
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi (tak letak)
2 batang serai ~ dititik
3 cm halia
3 cm lengkuas
1 sudu besar jus asam jawa
3 sudu besar kicap manis
5 gm gula Melaka ~ dihiris (anggaran 1 sudu besar)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi. Serai dititik. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu hiris tempe nipis dan memanjang.
3. Goreng tempe sehingga garing dan toskan.
4. Panaskan minyak masak dan tumiskan kesemua bahan-bahan yang dimayang halus tadi serta serai. Masukkan juga gula Melaka ke dalam tumisan.
5. Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata. Jika suka masukkan juga kacang tanah yang telah digoreng terlebih dahulu, gaul rata. Masak sebentar sehingga kering dan matikan api dapur. Sedia dihidangkan...
Labels:
Kacang
SET NASI TOMATO...
AYAM MASAK MERAH
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong 12, cuci bersih & toskan
Garam & serbuk kunyit secukupnya ~ untuk menggoreng ayam
2 batang serai ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 tin kecil kacang peas
1 sudu besar gula Melaka
Bahan Dikisar :
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
10 tangkai cili kering ~ rebus sehingga lembut & toskan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Goreng sehingga keemasan dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar dan serai sehingga berbau wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula Melaka dan renihkan sehingga kuah benar-benar masak.
4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas, hirisan bawang besar, biarkan seketika kemudian matikan api dapur. Hidangkan !!!!
RESEPI ACAR TIMUN/JELATAH
sumber : syapex kitchen...
Bahan-Bahan :
2 biji timun ~ buang kulit & belah 4 kemudian potong kecil
1 biji nenas ~ buang kulit, belah lapan & potong kecil
1 batang lobak merah ~ sagat halus memanjang/potong sepeti batang mancis
4 biji cili padi ~ hiris
1 batang cili hijau ~ hiris/potong mancis
2 labu bawang besar ~ hiris
10 sudu besar cuka (saya kurangkan sikit)
100 gm kacang tanah ~ digoreng & ditumbuk kasar, jika suka (saya tak letak)
1 sudu besar bijan ~ disangrai tanpa minyak, jika suka
Garam & gula secukup rasa
Cara-Cara Penyediaan :
1. Satukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau. Gaul sebati.
3. Tambahkan cuka masakan. Gaul lagi.
4. Kemudian gaulkan kesemua bahan sehingga rata dan sebati.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Hidangkan di dalam pinggan.
7. Taburkan dengan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan...
RESEPI NASI TOMATO
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras ~ bersihkan & toskan (kalau guna beras basmathi, rendam selama 20 minit & toskan)
5 cawan air (saya lebih sikit dalam 1/2 cawan lagi)
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar tomato sup (jenama Kimball)
Bahan Untuk Menumis :
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar ~ dicincang
2 biji tomato ~ dicincang
2 batang serai ~ diketuk
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris nipis
2 helai daun pandan ~ disimpul
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Cairkan minyak sapi dan minyak masak di atas api sederhana dan tumiskan rempah-rempah (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis) selama 2 minit.
2. Seterusnya masukkan bahan yang dihiris (bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia) dan kacau sehingga berbau wangi.
3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato cincang, tomato sup, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa...
Labels:
Set Nasi
HOKKAIDO MILK PUDDING...
HOKKAIDO MILK PUDDING
adapted from : peachybunnymel.blogspot.com
Makes : 7-8 small bottles/pots...
Ingredients :
500 ml Hokkaido 3.6 Milk (or any full fat milk) (I use chocolate full fat milk)
3 tbsp sugar
3 sheets gelatin (2.5 gm or 2.5 tsp gelatin powder)
50 ml cream (optional)
*** if you choose to add in cream, use 450 ml of milk.
Directions :
1. Soak gelatin sheets in a bowl of ice water. (OR melt gelatin powder in a little bit of warm water).
2. Pour milk, sugar and cream (if you are using it) in a small saucepan and put over low heat.
3. Stir every 30 seconds until all the sugar is dissolved. But do not let the mixture come to a boil.
4. Remove from heat and add in gelatin sheets/powder. Stir until melted.
5. Pour mixture into mini milk bottles or any container of your choice.
6. Use toothpicks to pop the bubbles on the top. (just to make them look prettier).
7. Refrigerate for at least 6 hours...
INFO : Squeeze soaked gelatin sheets to remove excess water before adding into the hot mixture or if using gelatin powder, let it bloom first before adding into the hot liquid/mixture...
Labels:
Pencuci mulut
Subscribe to:
Posts (Atom)



