KEK PISANG

Friday, November 25, 2011


KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR
resepi asal : Dayang Jack
Kek ini sangat sedap sebab ianya sangat moist. Tqvm kerana sudi kongsi
resepi yang sangat sedap ini.


Bahan A :

125 gm tepung gandum )
1 tsp soda bikarbonat ) diayak bersama
2 tsp baking powder )

Bahan B :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1/2 cawan susu pekat manis
1 tsp esen vanilla atau 1 tsp. coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak sayuran
1/4 tsp garam

Bahan C :

1 tbsp. cuka makan/jus lemon

Loyang : 7 inci square/round


Cara membuat :

Satukan kesemua bahan B dan masakkan dengan menggunakan api perlahan, kacau hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan suam.
Satukan bahan A & B dengan hand whisk/spatula. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan C, teruskan kacau serta-merta tetapi jangan terlebih kacau/terlalu lama.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang bergris serta dialas dengan kertas minyak. Tutupkan loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan dari terkena air/wap ketika mengukus.
Kukus selama 45 minit/1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu baru dihias dengan topping.

Topping/Ganache :

200 gm coklat masakan (potong kecil-kecil)
60 ml minyak masak atau 50 gm butter
60 ml susu segar

Satukan kesemua bahan topping dan masak secara double-boil hingga pekat.

No comments:

Post a Comment