KEK PISANG

Sunday, June 16, 2013

Creme Puff untuk sarapan pagi

 untuk anak bawa balik ke asrama sebagai bekal

 buah tangan untuk dibawa ke majlis akikah di Kelang






PAF KRIM PANDAN


sumber dari  :  Majalah RASA 2007 (Chef Asma) - sangat sedappp...
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Cream Puff :
Bahan A :

500  ml   air
200  gm  mentega
 1/2  tsp  garam
    1  tsp  gula pasir


Bahan B :

250  gm   tepung gandum
 3/4  tsp   serbuk penaik


Bahan C :

     6  biji   telur  A/B


Bahan Inti Pandan :

500  ml    susu segar
    2  biji   telur
100  gm   gula halus
 1/2  tsp   esen vanilla
  25  gm   tepung kastad
  30  gm   tepung jagung
 1/2  tsp   perisa pandan
 1/2  tsp   pewarna hijau


Cara memasaknya :

1.   Untuk membuat inti pandan :  masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2.   Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3.   Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam creme puff.
4.   Untuk membuat paf krim :  Panaskan bahan-bahan A sehingga mendidih.
5.   Masukkan bahan B dan kacau sehingga tidak melekat di periuk.
6.   Biarkan adunan sejuk sebentar.   Apabila adunan sejuk, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
7.   Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan picitkan adunan di dalam dulang pembakar.  Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.
8.   Apabila masak, sejukkan dan potong.
9.   Masukkan inti pandan dan hiaskan.

No comments:

Post a Comment