KEK PISANG

Sunday, December 1, 2013

PAF KRIM PANDAN












PAF KRIM PANDAN




Sumber  :   RASA 2007 -  Chef Asma




Bahan Creme Puff :

Bahan A :

500  ml   air
200  gm  mentega
 1/2  tsp  garam
    1  tsp  gula halus


Bahan B :

250  gm   tepung gandum
 3/4  tsp   serbuk penaik


Bahan C :

    6  biji   telur gred 'A'


Bahan Inti Pandan :

500  ml    susu segar
    2  biji   telur
100  gm   gula halus
 1/2  tsp   esen vanilla
  25  gm   tepung kastad
  30  gm   tepung jagung
 1/2  tsp   perisa pandan
 1/2  tsp   pewarna hijau


Cara Memasaknya :

1.   Untuk membuat inti pandan :  masukkan kesemua bahan inti ke dalam periuk.
2.   Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3.   Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam creme puff.
4.   Untuk membuat paf krim :  panaskan bahan-bahan A sehingga mendidih.
5.   Masukkan bahan B dan kacau sehingga tidak melekat di periuk.
6.   Biarkan adunan sejuk.  Apabila adunan sejuk, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
7.   Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan picitkan adunan di dalam dulang pembakar.
8.   Bakar pada suhu 200'C selama 25 minit atau hingga bahagian atas kelihatan keperangan.
9.   Sejukkan dulu barulah di masukkan inti pandan dan hiaskan ikut citarasa.
ENJOY!!!!!!

No comments:

Post a Comment