KEK PISANG

Saturday, April 11, 2015

SALAD BUAH MAYONIS







SALAD BUAH MAYONIS
rujukan  :  Majalah Saji Mac 2015
tried by  :   zaralovebaking....




Bahan-bahan :

Buah beri biru/blueberries
Strawberi
Mangga
Aprikot kering
Prune
Daun ketumbar atau pudina secukupnya (optional)
1/2  cawan  mayonis atau secukupnya  (boleh juga digantikan dengan yogurt)
Madu lebah secukup manis


Cara Penyediaan :

     Kesemua bahan di atas dipotong dadu (bite size).  Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.  Masukkan di dalam peti sejuk.

Friday, April 10, 2015

TRIPPLE FRUITY









TRIPPLE FRUITY
rujukan dari  :  Majalah Saji Mac 2015
tried by  :   zaralovebaking....



Bahan-bahan :

Epal hijau *
Anggur hitam *
Strawberry *
Aprikot kering * (kesemua bahan bertanda* dipotong dadu)
Biskut merie  -  dikisar halus
Hirisan coklat  (jika suka)


Bahan Krim Keju :

250  gm  krim keju
120  gm  susu pekat manis
  50  ml  krim putar
sedikit esen vanilla (jika suka)


Cara Penyediaan :

1.  Putar kesemua bahan krim keju sehingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan ketepikan.
2.  Paipkan krim keju di dalam gelas sederhana besar untuk lapisan pertama.
3.  Kemudian letakkan biskut kisar.  Tekan sedikit supaya padat.
4.  Susunkan buah-buahan.  Kemudian paipkan lagi dengan krim keju, ulangi langkah di atas sehingga memenuhi gelas.  Taburkan hirisan coklat (jika guna).  Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sedap dihidangkan sejuk.

Wednesday, April 8, 2015

RESIPI ROTI JALA








ROTI JALA




Bahan-bahan :

      3  cawan  tepung gandum
      1  biji  telur
2 1/2  cawan  air
      1  cawan  susu cair
      1  sudu besar  minyak masak
      1  sudu kecil  garam
Pewarna kuning/hijau & pandan pes


Cara-cara :

     Satukan kesemua bahan di atas kecuali pewarna ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga halus.  Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan.  Kemudian bolehlah mula menjala sehingga kesemua adunan habis.  Hidangkan bersama kuah kari ayam/daging.

MARRY ME COOKIES







MARRY ME COOKIES
adapted from  :  I am baker/FB....
tried by  :   zaralovebaking; (delicious, chewy but too sweet)...



Ingredients :

      1  cup  unsalted butter  (250 gm)
1 1/4  cups  dark brown sugar
   1/2  cup  granulated sugar
      2  eggs, at room temperature
      1  tsp  pure vanilla extract
      2  cups  all-purpose flour
      1  cup  uncooked rolled oats
   1/2  tsp  baking soda
   1/2  tsp  salt
   1/4  tsp  ground cinnamon
      1  cup  white chocolate chip
      1  cup  chocolate chip


Method :

1.  In a medium saucepan, melt the butter until melted over medium-low heat.  Remove from the heat.

2.  Add the dark brown sugar and granulated sugar and stir until sugars are incorporated.  Chill the mixture for 10 minutes.  (Do not skip this step.  You can also transfer the mixture to a different bowl so that it is no longer being heated from the pan).

3.  Remove the cookie dough from the refrigerator and stir in the eggs and vanilla extract.

4.  Add the flour, oats, baking soda, salt and cinnamon and mix together with a wooden spoon.

5.  Gently fold in the white chocolate chips and chocolate chips.  Chill dough until it is firm enough to be hand rolled, about 30 minutes in the fridge.

6.  Roll by hand into 24 medium-size balls or use a scoop, and place on a parchment lined cookie sheet 2cm apart as the cookie spread when baking.

7.  Refrigerate for 30 minutes or freeze for 10 minutes.  While the dough is chilling, heat the oven to 325'F/165'C.

8.  Bake for 12 to 14 minutes or until the edges just start to turn golden brown.  (Do not overbake)..

Tuesday, April 7, 2015

PUDING KASTARD JAGUNG









PUDING KASTARD JAGUNG
sumber dari  :  Azie Kitchen & Dapur CT; thanks...
tried by  :   zaralovebaking; (lembut & sedap)...



Bahan Untuk Puding :

      1  cawan  tepung kastad
1 1/2  cawan  jagung manis dalam tin
   3/4  cawan  gula pasir
      3  cawan  air
1 1/2  cawan  susu cair atau santan


Bahan Tambahan :

1  cawan  buah-buahan campuran dalam tin (jika suka)


Cara-cara :

     Letakkan buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil-kecil, ketepikan seketika, jika mahu membuat Puding Kastard Jagung Berkoktel.
     Campurkan kesemua bahan untuk puding ke dalam kuali/periuk dan kacau mesra.  Kemudian letakkan di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus sehingga adunan pekat dan berkilat.
     Angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.  Tunggu sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti sejuk/ais.