KEK PISANG

Tuesday, April 7, 2015

PUDING KASTARD JAGUNG









PUDING KASTARD JAGUNG
sumber dari  :  Azie Kitchen & Dapur CT; thanks...
tried by  :   zaralovebaking; (lembut & sedap)...



Bahan Untuk Puding :

      1  cawan  tepung kastad
1 1/2  cawan  jagung manis dalam tin
   3/4  cawan  gula pasir
      3  cawan  air
1 1/2  cawan  susu cair atau santan


Bahan Tambahan :

1  cawan  buah-buahan campuran dalam tin (jika suka)


Cara-cara :

     Letakkan buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil-kecil, ketepikan seketika, jika mahu membuat Puding Kastard Jagung Berkoktel.
     Campurkan kesemua bahan untuk puding ke dalam kuali/periuk dan kacau mesra.  Kemudian letakkan di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus sehingga adunan pekat dan berkilat.
     Angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.  Tunggu sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti sejuk/ais.

No comments:

Post a Comment