birthday cake for my son M.Arif Zaim (17/4/2015 - Friday),
celebrate it on Saturday..
VICTORIA SANDWICH CAKE
sumber dari : Juicy Cafe; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan Kek :
250 gm mentega
200 gm gula kastor (lain kali kurangkan sikit sebab manis)
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
250 gm tepung superfine *
1/2 tsp baking powder * (* satukan & diayak)
1 tbsp susu segar
Bahan Filling :
300 gm jem strawberry - digaul agar tidak berketul
150 gm fresh cream - dipukul hingga kental
1 tbsp snow sugar
10 biji strawberry segar - hiasan
Sedikit blueberry segar - hiasan
Cara Penyediaan :
1. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata dan sebati.
4. Tambahkan susu segar dan gaul rata lagi.
5. Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci bulat. Oles dengan sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oleskan dengan sedikit mentega lagi.
6. Tuangkan adunan sebanyak/anggaran 470 gm untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah-tengah adunan. (Ini supaya kek tidak naik membukit ditengah ketika proses pembakaran).
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 30-35 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.
8. Letakkan sebiji kek di atas papan kek, sapukan jem strawberry, ratakan pada keseluruhan kek.
9. Masukkan fresh cream yang telah dipukul kental tadi ke dalam piping bag dan paipkan mengikut kreativiti.
10. Tindihkan dengan sekeping lagi kek di atas fresh cream dan ayakkan snow sugar pada keseluruhan kek dan susunkan strawberry dan blueberry segar di atasnya. Sejukkan sebentar dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment