KEK PISANG

Monday, April 6, 2015

CUCUR MANIS KEMBONG








CUCUR MANIS KEMBONG
resipi asal  :  Noraslinda Bugal
sumber  :  FromIntanKitchen
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

   3  cawan  tepung gandum
   3  cawan  air panas
1/2  cawan  susu pekat manis
secubit garam


Cara-cara :

     Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis.  Tuangkan air panas sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk kayu atau sudu sehingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.  Biarkan doh sejuk.
     Panaskan minyak.  Pastikan minyak benar-benar panas dengan api sederhana.  Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
     Basahkan tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sedikit adunan sebesar guli (kerana doh akan kembong), bulat-bulatkan dan terus di masukkan ke dalam kuali.
     Senantiasa balik-balikkan cucur di dalam kuali supaya cantik bulatnya.  Bila sudah kuning keemasan bolehlah diangkat.  Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.  Sedia dinikmati.  Lebih enak dinikmati bersama gula yang dicampur dengan sedikit kayu manis (gula dan serbuk kayu manis digaul sebati).

No comments:

Post a Comment