ROTI JALA
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning/hijau & pandan pes
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan di atas kecuali pewarna ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga halus. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan. Kemudian bolehlah mula menjala sehingga kesemua adunan habis. Hidangkan bersama kuah kari ayam/daging.
No comments:
Post a Comment