Monday, April 6, 2015
BUTTERMILK PANCAKE
BUTTERMILK PANCAKE
sumber dari : DapurTanpaSempadan; thanks...
tried by : zaralovebaking..(sedap & moist)..
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh baking soda * (*disatukan, gaul sebati & ayak)
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka masakan, biarkan hingga mendadih)
4 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega (cairkan & sejukkan)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji telur 'A/B'
Cara-cara :
1. Di dalam bekas, masukkan bahan-bahan ayak, gula dan garam. Kacau rata dan ketepikan seketika. Di dalam bekas lain, satukan buttermilk, susu segar, telur, mentega cair dan esen vanilla. Kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak/mentega. Tuangkan bancuhan buttermilk tadi ke dalam bancuhan tepung, kacau rata dengan whisk sehingga sebati. Cedokkan 1/4 cawan bancuhan tadi dan tuangkan ke dalam non-stick pan, ratakan sedikit atau biarkan bancuhan merata sendiri.
3. Tutup permukaan pan dengan penutup periuk sekejap, guna api kecil. Bila pancake nampak pucat, terbalikkan dan masak sehingga keperangan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki bancuhan. Hidangkan dengan buah-buahan segar, mentega, madu ataupun jem.
Labels:
Pancake/pankek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment