Saturday, April 4, 2015
APAM BERAS @ APAM NASI
APAM BERAS @ APAM NASI
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 paket yis Mauripan (11 gm)
1 1/2 cawan gula pasir
Kelapa parut putih secukupnya digaulkan dengan sedikit garam
Pewarna pilihan
Cara-cara :
1. Kisarkan nasi dengan air sehingga betul-betul hancur/halus.
2. Sebatikan tepung gandum, tepung beras, gula dan yis kemudian masukkan No. 1 dan kacau sebati.
3. Asingkan kepada 2-3 bahagian, masukkan sedikit pewarna pilihan pada setiap bahagian, kacau sebati dan perapkan selama 3 jam (atau sehingga adunan naik berganda).
4. Sediakan pengukus dengan air mendidih, sapukan sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5. Hidangkan bersama kelapa parut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment