Sunday, April 5, 2015
SUP TELUR SUUN
SUP TELUR SUUN
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
3-5 biji telur
2 biji ubi kentang - dibelah 4
2 tangkai daun bawang - dipotong 1 inci panjang
2 paket kecil suun
3 keping fucuk kering - dipotong-potong & direndam hingga kembang
1/2 batang lobak merah - dipotong kiub
3 cawan air stok
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan minyak masak
Sedikit minyak bijan
Serbuk lada & garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
2. Masukkan air stok, serbuk lada, garam, ubi kentang dan lobak merah.
3. Biarkan sehingga ubi kentang dan lobak merah empuk. Pecahkan telur sebiji demi sebiji.
4. Biarkan sehingga telur agak masak barulah dimasukkan sayur fucuk.
5. Akhir sekali masukkan suun, daun bawang dan titikkan sedikit minyak bijan dan tutup api.
6. Taburkan sedikit bawang goreng (jika suka) dan sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment