Monday, July 13, 2015
KUIH PUTU AYU KETAN HITAM
PUTU AYU KETAN HITAM
sumber : seleraputeri ; thanks...
tried by : zaralovebaking ; (sedap & lembut)..
Bahan-bahan :
6 biji telur gred B
1 sudu teh ovalette
150 gm gula kastor
70 gm tepung pulut hitam
110 gm tepung gandum
70 gm santan pekat segera
Garam secukup rasa
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi
Cara-cara :
1. Satukan telur, gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang, pekat dan putih.
2. Ayakkan bersama tepung gandum dan tepung pulut hitam kemudian masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.
3. Kemudian masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga adunan sebati.
4. Sapukan sedikit minyak pada acuan putu ayu. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu sejuk sekejap supaya senang keluar dari acuan.
INFO : Saya buat 1/2 daripada resipi diatas menghasilkan : 24 biji..
Labels:
Kuih-muih
CUCUR LABU
IFTAR 26 (13/7/2015 - Isnin)
CUCUR LABU
buku Kuih-Muih Minum Petang - Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
300 gm labu kuning
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Membuat :
1. Labu dibuangkan kulit dan biji, cuci bersih dan keringkan kemudian parutkan.
2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk penaik, garam dan air ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata dan sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Jemputkan dengan hujung jari ataupun bulatkan adunan dan masakkan sehingga kuih nampak kuning keemasan ataupun garing.
4. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan semasa masih panas.
Labels:
Kuih-muih
NASI GORENG SEMPOI
Nasi goreng yang serba simple tetapi tetap sedap dan mengenyangkan untuk kami 4 beranak bersahur. Syukur alhamdulillah..aminn
NASI GORENG SEMPOI JER
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk - diperoikan
1 paket perencah segera nasi goreng Adabi
50 gm udang - dibuang kulit
50 gm sotong - dipotong kecil
2 biji telur - dipukul sedikit
2 keping tauhu - digoreng & dipotong dadu kecil
50 gm kubis - dihiris
Sedikit kacang pis
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan perencah segera nasi goreng Adabi kemudian masukkan udang dan sotong.
2. Masukkan nasi, kubis, kacang pis, tauhu goreng dan garam secukup rasa, kacau rata.
3. Masukkan telur dan biarkan keras sedikit baru digaulkan dengan nasi dan kubis. Kacau sehingga masak.
4. Hidangkan bersama keropok dan timun (ikut suka).
Labels:
Nasi
Sunday, July 12, 2015
TAT NANAS ROSALINA
TAT NANAS ROSALINDA
sumber : citarasawan, azlita masam manis ddl. ; thanks...
tried by : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
250 gm mentega
40 gm gula kastor
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur - (saya guna gred B)
1 sudu teh esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
Jem nanas secukupnya - siap guna boleh di beli di pasaraya/bakery - gentel bulat-bulat
Cara Penyediaan :
1. Satukan mentega, susu pekat manis dan gula, pukul sehingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak, uli sehingga adunan tidak melekat di jari.
3. Canaikan di antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang disukai. Letakkan jem nanas di tengahnya.
4. Bakar di dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
5. Untuk menghias : Picit royal icing putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit 2 dot ditepi tat dan letakkan bunga gumpaste kecil, picitkan royal aising hijau untuk daun.
Royal Aising :
1 biji putih telur
1 cawan gula aising - diayak
1 sudu teh jus lemon
Pewarna hijau
Nozle daun & piping bag
Cara-cara :
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula aising dan jus lemon, putar sehingga sebati dan kental. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau untuk daun. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air sehingga boleh dipicit dengan nozzle.
Labels:
Biskut/Cookies
BUBUR SOM SOM TROPICANA
BUBUR SOM SOM TROPICANA
sumber : Saji Julai 2015
tried by : zaralovebaking...
Bahan A :
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
7 cawan santan
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B :
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Beberapa titik pes pandan
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan A kecuali daun pandan dalam satu bekas. Kacau dengan pemukul whisk sehingga adunan sebati.
2. Tapiskan bancuhan ke dalam periuk. Masukkan daun pandan dan masak di atas api kecil dan teruskan kacau sehingga likat dan berkilat selama lebih kurang 20 minit.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas, acuan kecil atau loyang mengikut pilihan dan biarkan sehingga sejuk.
4. UNTUK SIRAP PANDAN : Masak bahan B sehingga mendidih dan gula larut. Angkat, sejukkan dan tapis.
5. Tuangkan sirap pandan di atas bubur som som dan sedia dihidangkan.
Labels:
Bubur
Subscribe to:
Posts (Atom)