KEK PISANG

Wednesday, August 19, 2015

IKAN MASAK LEMAK CILI API








IKAN MASAK LEMAK CILI API
Oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-bahan :

4  ekor  ikan kembung atau ikut pilihan
2  ulas  bawang putih *
4  biji  bawang merah *
1  biji  cili merah *
8  biji  cili api *   (* dikisar/ditumbuk lumat)
2  batang  serai  -  dititik
1  helai  daun kunyit  -  disiat
1  keping  asam keping
1  cawan  santan pekat
2  cawan  air
2  biji  buah tomato  -  dipotong 4
8  biji  belimbing buluh
Sedikit serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Campurkan kesemua bahan di dalam periuk kecuali ikan, tomato, belimbing buluh dan asam keping.
2.  Kacau sekali sekala dan tunggu sehingga mendidih.
3.  Masukkan ikan dan asam keping.  Kacau dan kecilkan api.  Biarkan sehingga ikan masak.  Kacau sekali sekala.
4.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.  Biarkan mendidih.  Bila ikan hampir masak, masukkan tomato, belimbing buluh dan hirisan cili merah (jika suka).  Tunggu sehingga tomato dan belimbing buluh sedikit lembut dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

TUMIS BAYAM








TUMIS BAYAM
Oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-bahan :

  1  ikat  bayam hijau
  1  tangkai  cili merah  -  hiris serong
  2  ulas  bawang merah  -  hiris
  1  ulas  bawang putih  -  hiris
10  ekor  udang segar  -  dibuang kulit, cuci & toskan
  2  sudu makan  minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Bayam diasingkan dari batangnya dan basuh.  Kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang hingga wangi.
3.  Masukkan bayam, cili dan garam.  Kemudian kacau rata.
4.  Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.

RENDANG AYAM









RENDANG AYAM
buku 'Senangnya Memasak Ayam' Chef Hanieliza..




Bahan A :

   1  ekor  ayam
   2  cawan  santan pekat  (dari 1 biji kelapa)
1/2  cawan  kerisik
   2  helai  daun kunyit  (disiat halus)
Garam secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

  3  labu  bawang besar
  5  ulas  bawang putih
  5  batang  serai
  3  inci  halia
  1  inci  lengkuas
  1  inci  kunyit hidup
15  tangkai  cili kering
15  biji  cili api


Cara Memasak :

1.  Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil.  Cuci bersih dan toskan.
2.  Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3.  Masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
4.  Rasakan garam dalam masakan dan bolehlah dihidangkan apabila sudah pekat.

Monday, August 17, 2015

MUFFIN KRANBERI







MUFFIN KRANBERI
rujukan  :  Majalah Saji Ogos 2015 - Chef Azli Razali
dicuba   :  zaralovebaking; (sedap sangat & lembut)...




Bahan-bahan :

1/2  cawan   kranberi kering
   2  biji   telur  gred B
   1  cawan   tepung halus/tepung superfine *
2/3  cawan   gula perang
1/2  cawan   minyak sayuran
1/2  cawan   susu segar
3/4  cawan   oat segera
   1  sudu kecil  serbuk penaik *
1/2  sudu kecil  serbuk soda bicarbonate * (* digaul sebati & diayak)
Secubit garam

12  keping  mangkuk muffin/cawan kertas


Cara-cara :

1.  Panaskan ketuhar pada suhu 200'C.  Kemudian susunkan 12 biji mangkuk muffin.
2.  Pukul telur, gula perang, minyak sayuran dan susu segar sehingga rata menggunakan whisk tangan.
3.  Masukkan tepung, oat, kranberi kering, serbuk penaik, serbuk soda dan garam.  Pukul adunan hingga sebati.  (Jangan terlebih pukul).
4.  Masukkan adunan muffin separuh di dalam mangkuk kertas sehingga habis.
5.  Bakar dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga bertukar warna coklat keemasan.  Setelah masak sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Sunday, August 16, 2015

KEK BELANG ZEBRA









KEK BELANG ZEBRA
buku 'Panduan Membuat Kek' Noraini Zakaria...




Bahan-bahan :

125  gm   mentega
125  gm   marjerin
200  gm   gula kastor
 1/2  sudu teh  garam
    4  biji   telur  gred B (200 gm)
  30  gm   air susu UHT
    1  sudu teh  esen vanilla
220  gm   tepung superfine *
    1  sudu teh  serbuk penaik *  (* diayak bersama)
    1  sudu besar  serbuk koko
    1  sudu teh  emulco coklat
 1/4  cawan  air panas


Acuan :   8 inci, griskan dan lapik kertas serap minyak


Cara Membuat :

1.     Satukan mentega, marjerin, gula kastor dan garam.

2.     Putar adunan ini hingga kembang dan gebu.

3.     Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga sebati.

4.     Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga rata.

5.     Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air susu.

6.     Putar sebati selama 2 minit dengan kelajuan paling perlahan.

7.     Bahagikan sama rata adunan ini kepada dua bahagian A dan B.

8.     Sementara itu, satukan serbuk koko, emulco coklat dan air panas.  Kacau sebati hingga menjadi pes coklat.  Sejukkan.

9.     Letak pes coklat tadi dalam mangkuk A, kacau sebati manakala mangkuk B dibiarkan warna asal.

10.   Ambil satu senduk warna asal dan tompokkan pada bahagian tengah loyang.  Ratakan sedikit dengan sudu.

11.   Ambil pula warna coklat dan tompokkan di atas warna asal.  Ratakan sedikit.  Ulangi proses ini hingga selesai.  Goyangkan acuan supaya adunan merata ke tepi.

12.   Panaskan ketuhar pada suhu 180'C  terlebih dahulu.  Bakar kek selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.