KEK PISANG

Sunday, April 15, 2018

SPAGHETTI SARDIN GORENG PEDAS...










SPAGHETTI SARDIN GORENG PEDAS
rujukan :    myinahar67.blogspot.my




Bahan-Bahan :

500  gm  pasta  ~  direbus & ditoskan
1  tin  sardin cap Ayam size sederhana  (isi ikan dicincang/dihancurkan kasar-kasar)
1  tin  cendawan butang  ~  dipotong nipis atau cendawan segar  (saya guna lobak merah disagat kasar)
2  biji  bawang besar  ~  dipotong dadu
5  biji  bawang putih  ~  cincang halus
2  biji  tomato segar  ~  cincang atau potong dadu
1/2  sudu kecil  herba itali  (mixed herbs)
1  helai  daun bay kering
5-10  biji  cili padi  (ikut kepedasan yang disukai ~  tumbuk atau cincang kasar)
1  sudu besar  serbuk lada hitam
Daun ketumbar secukupnya  ~  hiris kasar-kasar
Minyak/minyak zaitun/mentega secukupnya untuk menumis
Garam/perisa secukupnya
Sedikit parutan keju Parmesan untuk ditabur ketika menghidang  ~  jika suka


Cara Penyediaan :

Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang besar dan daun bay kering hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan/lobak merah dan cili padi dan tumis lagi.
Tambahkan ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa secukupnya, serbuk lada hitam juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta yang sudah direbus dan daun ketumbar dan gaul rata.
Biarkan sebati dan bolehlah diangkat bila ia sudah masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju Parmesan di atas pasta semasa menghidang. 
SIAP!!!!!

KEK COKLAT MOIST...









KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR
rujukan :    FB@Resepi Kek Terbaik...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
1  cawan  minyak masak
1  cawan  susu pekat manis
1  cawan  air panas
1  cawan  serbuk koko
1/2  cawan  gula kastor
1  sudu kecil  ovalatte
1  sudu kecil  esen vanilla
1  sudu kecil  soda bikarbonate
1  sudu kecil  baking powder
2  biji  telur  (saya guna gred A)


Cara-Cara :

1.  Mix/blendkan telur, ovalatte, esen vanilla bersama gula sehingga kembang.

2.  Masukkan pula susu pekat manis, mix lagi.

3.  Masukkan pula minyak dan mix sebati.

4.  Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder, soda bikarbonate barulah dicampurkan dengan bahan mix tadi bersama air panas sedikit demi sedikit sehingga habis.  Kacau bagi rata dan sebati.

5.  Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci/9 inci persegi/bulat yang disapu minyak dan dialas dengan kertas minyak.  Bakar pada suhu 160'C selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya bergantung pada oven masing-masing...


Bahan Topping Coklat :

1/2  cawan  serbuk koko
1/2  cawan  susu pekat manis
2  sudu makan  minyak masak
Sedikit susu cair/air


Cara-Cara :

1.  Kacau semua bahan topping di atas api kecil sehingga likat dan berkilat kemudian tuangkan ke atas kek tadi perlahan-lahan.

2.  Hiaskan ikut kreativiti masing-masing...

Saturday, April 14, 2018

KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR...




Dah lama juga tidak ambil tempahan.
Kek Coklat Moist Versi Bakar  ~  tempahan dari rakan sekerja hubby.. (saiz 9 inci), terima kasih...

Thursday, April 12, 2018

LEMON CHIFFON CAKE...










LEMON CHIFFON CAKE
rujukan :    zila4ver.blogspot.my




Bahan A :

4  biji  telur gred A
45  gm  minyak jagung
45  ml  air


Bahan B :

75  gm  tepung naik sendiri
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon


Bahan C :

4  biji  putih telur gred A
75  gm  gula kastor  ~  dibahagikan 2 bahagian
1/2  sudu teh  krim tartar


Loyang :    20 cm tube pan (tidak perlu digris)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'C.

2.  Satukan bahan A, masukkan bahan B dan adun sehingga sebati menggunakan whisk, biarkan seketika.

3.  Di dalam mangkuk lain yang bersih, campurkan putih telur, krim tartar dan satu bahagian gula kastor daripada bahan C dan pukul sehingga berbuih dan lembut.

4.  Masukkan satu lagi bahagian gula kastor dan teruskan pukul lagi sehingga kental.

5.  Kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur.  Tuangkan adunan ke dalam loyang kek chiffon (tanpa digris/dialas) dan bakar selama 45 minit sehingga masak bergantung pada kepanasan oven masing-masing.

6.  **  Jika suka corak marble, bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian ditambahkan 1 sudu besar coklat paste.  Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli.

7.  Setelah kek dikeluarkan dari oven, terbalikkan kek di atas redai kuih dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang....



KUIH TEPUNG PELITA...









KUIH TEPUNG PELITA SEDAP
rujukan :    TeratakMutiaraKasih@linaPg...




Bahan Bawah (B) :

1  cawan  tepung beras
1  cawan  gula
5  cawan  air
4  helai  daun pandan dikisar dengan sedikit air (anggaran 1/2 cawan air,perah, tapis & ambil jusnya)
1  sudu kecil  air kapur
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit garam


Bahan Atas (A) :

4  sudu besar  tepung beras  (ratakan)
2  sudu besar  tepung ubi/tepung jagung (saya guna tepung jagung)
1  cawan  santan pekat
3  cawan  air
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula


Bahan Lain (C) :

Gula secukupnya untuk ditabur di tengah lapisan
Bekas kecil atau ikut pilihan


Cara-Cara :

1.  Bahagian B :   Satukan kesemua bahan B, kacau di atas api kecil sehingga kelihatan meletup-letup dan nampak berkilat.

2.  Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang disukai.

3.  Taburkan gula secukupnya di atas lapisan hijau (jika suka lebih manis.  Biarkan seketika.

4.  Bahagian A :   Satukan kesemua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.  Kacau sehingga masak berkilat dan ada seakan-akan letupan kecil.

5.  Kemudian tuangkan ke atas bahagian hijau tadi.  Sejukkan di dalam peti sejuk.  Enak dinikmati sejuk-sejuk...


 Blueberry Cheese Tart...