KEK PISANG

Friday, March 27, 2020

PAVLOVA ...



 The cream on top of the Pavlova melts quite fast as the weather is too hot outside...







PAVLOVA RECIPE
adapted from :    the cookingfoodie.com




For the Meringue :

4  egg  whites  (140 gm),  room temperature
1  cup  caster sugar   (200 gm)
Pinch of salt
2  tsp  cornstarch/corn flour
2  tsp  white vinegar
1  tsp  vanilla extract


For the Cream :

1 1/2  cups  heavy cream,  cold   (360 ml)  (I use Dairy Whipping Cream)
3 tbsp  powdered sugar   (23 gm)
1  tsp  vanilla extract
Strawberries   (I use Blueberries)


Directions :

1.  Preheat oven to 160'C/320'F.

2.  Lay a sheet of parchment paper on a baking tray and draw, a 20cm/8-inch circle.  Turn it upside down.  Set aside.   (I draw into mini size circle).

3.  In a large bowl, whisk egg whites until soft peaks form, gradually add sugar, continue beating until stiff peaks form and the meringue looks glossy.  Add white vinegar, cornstarch, vanilla extract and beat on low speed until incorporated.

4.  Spread the meringue inside the circle, creating a crater by making the sides a little higher than the middle.   (I put in a piping bag and then pipe onto the circle).

5.  Place the pavlova in the oven, reduce the heat to 120'C/250'F.  Bake for 75 minutes, then turn off the heat and let the Pavlova cool completely (at least 4 hours) inside the oven.

6.  Make the Cream :   Place heavy cream, powdered sugar and vanilla extract in a large bowl.  Beat to stiff peaks.

7.  Spread or pipe whipped cream on top of the Pavlova and decorate with fresh Strawberries/Blueberries.

Wednesday, March 25, 2020

RENDANG DAGING ...








RESIPI RENDANG DAGING MUDAH
sumber :    teratak mutiara kasih@LiNaPg ...




Bahan-Bahan :

1/2  kilo  daging pejal   (me :  guna daging batang pinang)
1/2  kilo  santan pekat
4  labu  bawang besar *
6  ulas  bawang putih *
6  ulas  bawang merah *
2  inci  halia *
2  inci  lengkuas *    ( * dikisar )
10  batang  serai    (4 batang dikisar,  6 batang diketuk)
15  tangkai  cili kering   ~  dikisar  atau  4 sudu besar  cili giling
2  paket  kerisik   (1 paket  40 gm)
1  sudu kecil  serbuk kunyit
1  helai  daun kunyit   ~  diracik halus
2  keping  asam gelugor
Garam & gula   (me :  guna 1 sudu besar gula merah)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai yang diketuk.  Masukkan cili giling dan gula merah.  Tumis sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga daging kecut sedikit.

3.  Masukkan santan, kerisik dan asam gelugor@asam keping dan sedikit garam (me :  guna 2 sudu kecil).

4.  Biarkan rendang mereneh sehingga pecah minyak.  (Masak guna api kecil sahaja dan kuali/periuk bertutup).  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.

5.  Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yang diracik.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.



 SUP PETOLA

ROTI SOSEJ GULUNG ...









RESIPI ROTI SOSEJ CHEESE GULUNG
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1  bungkus  roti keping
1  paket  sosej
1  mangkuk  breadcrumbs   (oren/putih)
1  paket  kepingan cheese
2  biji  telur   
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit.  Angkat dan toskan.

2.  Kacau telur dan masukkan sedikit garam.

3.  Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan penggelek kayu.

4.  Letakkan sekeping kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej.  Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.

5.  Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk breadcrumbs sehingga semua bahagian disalut sekata.

6.  Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan.  Angkat dan sejukkan.  Sedia dihidangkan dengan sos pilihan.

NASI LEMAK TUMIS ...









NASI LEMAK TUMIS
(TANPA SANTAN)
sumber :    jendeladapursuriantiramli ...




Bahan-Bahan :

4  cawan  beras
4 - 4 1/2  cawan  air   (ikut jenis beras masing-masing)
1  sudu kecil  serbuk kunyit
Garam


Cara Memasak :

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk nasi.  Biarkan seketika.


Bahan Tumis :

1/2  senduk  minyak masak
1  inci  halia
1  helai  daun pandan   ~   disimpul
1  batang  serai   ~  diketuk
5  ulas  bawang  merah   ~  dimayang
3  ulas  bawang putih   ~  dimayang
Rempah 4 sekawan   (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 3 bunga cengkih)


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumis di atas sehingga harum.  Tutup api.
Kemudian tuangkan ke dalam periuk nasi tadi.
Kacau rata dan "ON" kan butang periuk nasi, masak seperti memasak nasi biasa.


Sambal Ayam
sumber :    Chef Hanieliza ...


Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  tangkai  serai   ~  diketuk
1  biji  tomato   ~  dipotong dadu
1  labu  bawang besar   ~  dihiris kasar
1/2  cawan  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Sambal :

15  biji  cili merah
5  ulas  bawang kecil
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam sehingga ayam agak garing.  Angkat.
3.  Tumiskan bahan untuk sambal sehingga garing.
4.  Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
5.  Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan.



Monday, March 23, 2020

MEE HOON GORENG !









RESIPI MEE HOON GORENG
sumber :    Azie Kitchen ...




Bahan-Bahan :

1  pek  mee hoon vermicelli JATI   (350 gm)
1  sudu makan  cili kering kisar
2  sudu makan  sos tomato
1  sudu makan  sos tiram
3  biji  telur
Garam
Sayur kobis secukupnya   ~  dihiris
1/2  batang  lobak merah   ~  dihiris
Daun bawang/daun saderi, jika ada   ~  dipotong
1  tangkai  cili merah   ~  dihiris
Minyak masak


Bahan Kisar :

1 1/2  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
1/2  genggam  ikan bilis


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan airnya kering.

2.  Masukkan cili kisar dan kacau rata-rata sehingga cili benar-benar masak dan terbit minyak.  Boleh masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga terbit minyak sekali lagi.

3.  Setelah terbit minyak, masukkan garam, sos tomato dan sos tiram, kacau rata.

4.  Masukkan lobak merah dan kacau rata.  Kemudian masukkan pula telur.  Biarkan telur hampir masak baru dikacau.

5.  Masukkan sayur kobis dan kacau rata.  Akhir sekali, masukkan mee hoon yang telah direndam sehingga lembut.  Kacau sehingga bahan bergaul rata dengan mee hoon.

6.  Masukkan garam jika belum cukup rasa.  Goreng sehingga mee hoon kelihatan berminyak.  Bolehlah tutup api.

7.  Sebelum dihidangkan, tabur cili merah hiris dan daun bawang/daun saderi, jika ada.


INFO :    Saya gantikan mee hoon dengan 4 bungkus maggi kering yang dicelur sedikit dalam air panas tapi jangan terlalu lama nanti lembik dan hancur.