KEK PISANG

Wednesday, March 25, 2020

ROTI SOSEJ GULUNG ...









RESIPI ROTI SOSEJ CHEESE GULUNG
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1  bungkus  roti keping
1  paket  sosej
1  mangkuk  breadcrumbs   (oren/putih)
1  paket  kepingan cheese
2  biji  telur   
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit.  Angkat dan toskan.

2.  Kacau telur dan masukkan sedikit garam.

3.  Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan penggelek kayu.

4.  Letakkan sekeping kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej.  Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.

5.  Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk breadcrumbs sehingga semua bahagian disalut sekata.

6.  Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan.  Angkat dan sejukkan.  Sedia dihidangkan dengan sos pilihan.

No comments:

Post a Comment