KEK PISANG

Monday, March 16, 2020

APAM GULA HANGUS ...








RESIPI APAM GULA HANGUS
sumber :    FB@Cara Mudah Buat Kek




Bahan-Bahan :

1  cawan  gula
1  cawan  air


Cara-Cara :

Masak gula di dalam periuk sehingga perang.
Setelah gula bertukar menjadi perang, masukkan air perlahan-lahan.
Kacau rata dan tutup api.  Biarkan seketika.


Bahan Lain :

2  biji  telur   (me :  guna gred A)
1/2  cawan  minyak
2  sudu makan  marjerin
2  sudu makan  susu pekat manis
1  sudu teh  soda bikarbonate
1 1/2  cawan  tepung gandum


Cara-Cara :

Di dalam blender, masukkan telur, susu pekat manis, minyak dan marjerin.
Kisar selama 3 minit.
Selepas itu masukkan air gula hangus tadi, kisar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonate.
Masukkan adunan ke dalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana sehingga masak.
Siap !!!




No comments:

Post a Comment