RESIPI KEK PISANG KUKUS
sumber : FB@Cara Mudah Buat Kek
kredit : Salimi Saleh
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum **
1 sudu kecil soda bikarbonate **
1 sudu kecil baking powder **
(** di ayak bersama)
Bahan A : (Di blender )
3 biji telur (me : guna gred A)
1/3 cawan gula kastor/gula pasir
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan minyak masak
4 biji pisang berangan
Cara-Cara :
Blender/kisar Bahan A dan tuangkan ke dalam tepung, soda bikarbonate dan baking powder, gaul sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang.
Didihkan air di dalam kukusan.
Kukus selama 45 minit@sampai masak.
No comments:
Post a Comment