KEK PISANG COKLAT
sumber : Insta@resepikitchen...
kredit : Fatimah Saari
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula aising/brown sugar
4 biji pisang berangan ~ lecekkan
Coklat coin Beryl's (me : guna coklat chip)
Pisang untuk hiasan (me : guna badam keping)
Cara-Cara :
Dalam mangkuk, lecek pisang kemudian masukkan gula, minyak, telur, esen vanilla, soda bikarbonate dan baking powder. Kacau sebati semua, akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko, kaupbalik sebati dan masukkan coklat coin. Kaupbalik sekadar sebati saja.
Tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 inci, alas dasar dengan baking paper (me : guna aluminium foil), susun pisang di atasnya.
Bakar pada suhu 160'C selama 35 minit sehingga masak.
No comments:
Post a Comment