PUDING SUSU MANGGA
sumber : FB@Mas Cotek
(sangat sedap & lembut)
Bahan-Bahan :
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
4 cawan air
1 cawan gula (me : guna gula pasir)
1 tin susu cair
2 cawan isi mangga yang dikisar (puri mangga) (anggaran 3 biji mangga saiz besar)
Cara-Cara :
1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan air. Masak sehingga semua bahan larut.
2. Dalam bekas berlainan, satukan isi mangga kisar bersama susu cair. Sebatikan.
3. Tuangkan campuran mangga ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sebati.
4. Masak campuran menggunakan api perlahan sehingga mendidih. Padamkan api.
5. Biarkan agar-agar hilang wap panasnya. Kemudian barulah tuangkan ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
6. Sejukkan puding dan enak dinikmati sejuk. Ketepikan sementara kita sediakan Bahan Lapisan Puding Susu.
Bahan Lapisan Puding Susu :
2 sudu teh serbuk agar-agar
2 cawan susu segar UHT
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan mangga ~ dipotong dadu
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan kecuali mangga dadu. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
2. Padamkan api dan biarkan wap panasnya hilang. Kemudian masukkan isi buah mangga yang dipotong dadu.
3. Tuangkan adunan ke atas lapisan puding mangga. Cakar sedikit permukaan puding mangga sebelum dituangkan adunan puding susu.
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
1 cawan air
3 sudu makan tepung kastad
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk, sebatikan. Masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan.
2. Sentiasa dikacau campuran sehingga pekat. Padamkan api dan sejukkan.
3. Tuangkan Sos Kastad ke atas Puding sewaktu hendak dinikmati...
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
ReplyDeletedimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||