PUDING DRAGON FRUIT@BUAH NAGA
sumber : tiffinbiru@CMG ...
Bahan-Bahan :
5 gm serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air ( 2 1/2 cawan )
4 1/2 sudu besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan ~ disimpul
1/2 sudu teh esen vanilla
150 gm isi buah naga jenis merah *
125 ml air * ( * dikisar )
Cara-Cara :
1. Di dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan dan serbuk jelly, kacau sehingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih, masukkan esen vanilla. Kacau rata. Tutup api.
2. Alihkan periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuangkan puree buah naga tadi dan kacau dengan whisk sehingga rata, kemudian masukkan susu cair, kacau sehingga sebati. Isikan di dalam bekas sesuai, biarkan sehingga hilang wap panasnya.
3. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga 1 jam atau sehingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah-buahan segar.
No comments:
Post a Comment