KEK PISANG

Friday, March 27, 2020

AYAM MASAK KICAP BERSAMA KENTANG ...









AYAM MASAK KICAP
BERSAMA KENTANG
sumber :    iresipi.com/Che'Nom ...




Bahan-Bahan :

2  biji  kentang
1/2  ekor  ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
2  sudu besar  cili kisar
Kicap manis secukupnya
2  sudu besar  sos tiram
1  biji  tomato   ~  belah 4   (tak letak)
1/2  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  bawang Holland atau bawang besar
Daun bawang secukupnya


Bahan Tumbuk Halus :

4  biji  bawang merah
4  ulas  bawang putih
2  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Kupas kulit kentang, potong kepada wedges dan gaul dengan sedikit garam.  Panaskan minyak masak, goreng sehingga bahagian luar keperangan.  Angkat dan toskan.

2.  Gaulkan ayam yang dipotong kecil bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.  Goreng separuh masak.  Angkat.

3.  Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam (jika banyak), tinggalkan dalam kuali anggaran 1 senduk.  Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.

4.  Masukkan ayam, kacau rata dan kemudian masukkan kicap manis secukupnya, anggaran 1/2 mangkuk kecil.

5.  Masukkan sos tiram dan sedikit air.  Masak sehingga ayam lembut dan meresap kicap.

6.  Masukkan tomato, serbuk lada sulah dan bawang Holland.  Kacau sekejap sehingga layu.

7.  Hias dengan taburan daun bawang.


TIPS :    Tidak perlu lagi masukkan garam atau gula kerana bahan-bahan yang dimasukkan sudah mempunyai cukup rasa masin dan manisnya.  Tetapi, anda boleh rasa dulu, jika perlu boleh masukkan secukup rasa.

No comments:

Post a Comment