KEK PISANG

Tuesday, March 17, 2020

PASTRY JENAMA 'KAWAN'...








RESIPI STRAWBERRY PUFF
sumber :    FB@Aini Binte Madon




Bahan-Bahan :

Puff Pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
Strawberry topping/strawberry jam atau apa-apa yang disukai
1  biji  telur   ~  untuk disapu atas puff   ~  dikocok


Cara-Cara :

1.  Keluarkan puff pastry dari freezer.  Biarkan sekejap pada suhu bilik, jangan sampai puff jadi terlalu lembik.

2.  Buat seperti dalam gambar.  (Maaf nak explain pun tak tahu).  Atau boleh buat bentuk ikut citarasa.

3.  Selepas dah bentukkan pastry, diamkan hingga pastry naik sedikit, agak-agak dalam 1/2 jam.

4.  Bila pastry dah naik, sapukan dengan telur yang telah dipukul.

5.  Sudukan topping atau filling di tengah-tengah pastry.

6.  Bakar pada suhu 200'C - 210'C selama 20-30 minit hingga berwarna perang.
SIAP !!!









PASTRY PUFF SOSEJ
sumber :    resipicitarasawan ...




Bahan-Bahan :

1  paket square  pastry puff 'KAWAN'
1  paket  sosej  ~  potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya

Sapuan :    1 kuning telur + sedikit air & susu sejat


Cara-Cara :

1.  Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik.  Potong 2 1/2 x 2 1/2 inci setiap satu.

2.  Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya.  Tabur dengan serbuk lada hitam, jika suka.

3.  Temukan kedua bucu pastry ditengah, tekan sedikit supaya melekat.  Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.

4.  Tabur parutan keju ditengahnya.  Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit.  Pasang kipas oven supaya garing dan masak sekata.
SIAP !!!

No comments:

Post a Comment