CEKODOK PISANG TAK
SERAP MINYAK !
sumber : www.rasa.my
Bahan-Bahan :
5 biji pisang bersaiz besar ~ jika kecil, boleh guna 8-10 biji
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonate ~ sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lecek sehingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak masak dan jemputkan adunan tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO :
~ Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
~ Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
~ Jangan goreng cekodok dengan api besar keranan nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
~ Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri. (jika bancuhan itu dibuat dengan baik).
No comments:
Post a Comment