KEK PISANG

Thursday, March 19, 2020

CENCARU MASAK KICAP PEDAS ...











CENCARU MASAK KICAP PEDAS BERSAMA
PERAHAN JUS LIMAU KASTURI
sumber :    FB@Julia ALeen Aireish




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan cencaru   (me :  guna 4 ekor saiz kecil)
4-5  tangkai  cili kering **
1  biji  bawang besar **
3  ulas  bawang putih **
2  sudu makan  sos cili
3  sudu makan  kicap lemak manis
1  sudu makan  sos tiram
1  mangkuk kecil  air   (boleh agak-agak sendiri)
1  sudu makan  tepung jagung   ~  bancuh dengan sedikit air
Garam & gula jika perlu
Minyak masak


1  biji  bawang besar   ~  dipotong dadu
10  biji  cili api   ~  dipotong-potong
4  biji  limau kasturi   ~  dibelah dua


Cara Memasak :

1.  Ikan cencaru (tak perlu buang kulit) dicuci bersih kemudian dilumur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.

2.  Bahan bertanda (**) dikisar lumat kemudian panaskan kuali tumis bahan kisar sehingga garing.

3.  Masukkan air, sos cili, kicap, sos tiram dan bawang besar yang dipotong dadu.  Masak sehingga mendidih.  Letakkan garam, gula secukup rasa jika perlu.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah kicap pedas likat sedikit.

4.  Tuangkan ke atas ikan cencaru tadi, tabur cili api yang dipotong-potong dan letakkan limau kasturi.

5.  Cara makan, semasa menjamu selera nanti, perahkan 2 limau kasturi ke dalam hidangan itu, tidak perlu perah semua...nanti rasa nak makan lagi...perah lagi.


NOTA :    Cencaru ini jika tidak mahu digoreng, boleh juga dibakar.

No comments:

Post a Comment