RED VELVET CHEESECAKE BROWNIES
sumber : FB@Aini Binte Madon
Bahan Brownies :
1/2 cawan butter ~ dilembutkan pada suhu bilik (100 gm)
1 cawan gula kastor
2 biji telur (gred A)
3 sudu makan serbuk koko ~ diayak
1 sudu teh cuka masakan/apple cider
1 sudu teh esen vanilla
2-4 sudu teh cecair pewarna merah
3/4 cawan tepung gandum ~ diayak
Adunan Cream Cheese :
250 gm cream cheese ~ dilembutkan pada suhu bilik
1 biji telur (gred A)
3 1/2 sudu makan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Sapukan sedikit butter ke dalam loyang 8 x 8 x 3 inci persegi dan alaskan dengan kertas baking. Lebihkan kertas baking supaya senang nak keluarkan brownies nanti.
2. Di dalam mangkuk mixer, pukul butter dan dan gula kastor sehingga sebati dengan speed sederhana.
3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga rata.
4. Masukkan serbuk koko dan gaul rata.
5. Masukkan cuka dan gaul lagi sehingga rata.
6. Masukkan esen vanilla, tepung gandum, pewarna merah dan gaul sehingga adunan sebati. Tak perlu lama sangat, dah sebati sudah memadai.
7. Keluarkan lebih kurang 1/4 cawan adunan brownies untuk dibuat corak nanti. Masukkan ke dalam piping bag.
Tuangkan selebihnya adunan brownies ke dalam loyang yang telah disediakan dan ratakan. Ketepikan dulu sementara kita buat adunan Cream Cheese.
8. Di dalam mangkuk mixer, pukul kesemua bahan adunan cheese sehingga licin dan tidak berbiji-biji. Untuk memudahkan kerja, saya masukkan juga adunan cheese ini ke dalam piping bag. Boleh juga menggunakan sudu.
9. Tuangkan perlahan-lahan adunan cream cheese ke atas adunan brownies tadi sehingga menutupi permukaan brownies.
10. Picitkan 1/4 cawan adunan brownies tadi di atas permukaan adunan cheese dan buatlah corak marble dengan menggunakan lidi sate atau chopstick.
11. Bakar (180'C) selama 30 minit atau sehingga masak.
12. Biarkan brownies betul-betul sejuk sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment