KEK PISANG

Tuesday, March 31, 2020

RESIPI PUDING SAGU GULA MELAKA ...







RESIPI SAGU GULA MELAKA
sumber :    FB@Humaira Az-Zahra Bakery
kredit :   Aishah Toke Kek




Bahan-Bahan :

2  cawan  sagu biji
6  cawan  air
3  titik  pewarna merah


Cara-Cara :

Rendam sagu dengan air selama 2 minit.
Masak sagu dan air, kacau-kacau sehingga hilang biji-biji putih pada sagu.
Setelah masak, angkat dan masukkan sagu ke dalam acuan yang sesuai.  Kemudian sejukkan.


Kuah :   Susu cair + sedikit garam


Sirap Gula Melaka :

1  cawan  gula merah/gula melaka
1/2  cawan  gula pasir
1  cawan  air
1  helai  daun pandan   ~  disimpul


Cara-Cara :

Didihkan gula merah/gula melaka, gula pasir bersama-sama air.
Masukkan daun pandan.  Biarkan semua gula tadi larut dan sedikit likat.
Tutup api, tapis ke dalam bekas lain dan sejukkan pada suhu bilik.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.


Cara Melapis Sagu :

1.  Sediakan bekas/gelas yang sesuai.
2.  Masukkan air gula melaka.
3.  Masukkan sagu dan akhir sekali susu cair.







No comments:

Post a Comment