KEK PISANG

Wednesday, April 1, 2020

NASI GORENG SARDINE ...










NASI GORENG SARDINE
sumber :    Surianti Ramli ...




Bahan-Bahan :

1  mangkuk besar  nasi sejuk
1  labu  bawang besar   ~  dimayang
1  senduk  cili kisar   ~  boleh juga gantikan dengan cili merah + cili api yang ditumbuk
Sayur-sayuran   ~  ikut pilihan   (saya guna kobis & lobak merah jer)
1  tin kecil  sardine   ~  buangkan tulangnya serta kuahnya & ambil isinya sahaja, dihancurkan
2  biji  telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bawang besar sehingga layu, masukkan cili kisar.  Masak sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan isi ikan sardine dan sayur-sayuran.  Kacau rata sekejap.  Tolakkan kedua-dua bahan ini ke bahagian tepi kuali.  Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali.  Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap manis.

3.  Kacau rata dengan cepat sehingga sebati semuanya.
SIAP !!!

No comments:

Post a Comment