KEK PISANG

Monday, April 13, 2020

CEKODOK PISANG EMAS ...








CEKODOK PISANG EMAS
sumber :    daridapur.com
(sedap & lembut)




Bahan-Bahan :

10  biji  pisang emas bersaiz sederhana yang masak ranum
1 1/3  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  tepung beras
2  sudu makan  gula perang
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/3  sudu teh  garam halus
Sedikit air, jika perlu
Minyak masak secukupnya   ~  untuk gorengan


Cara-Cara :

1.  Pisang yang masak ranum dilecek sehingga lumat secara manual (dengan garfu).  Hasilnya akan dapat adunan cair pisang.  Tambahkan semua bahan seperti 2 jenis tepung tadi, garam, gula, soda bikarbonate dan baking powder.

2.  Gaul sebati semuanya biarkan adunan cekodok sedang-sedang sahaja.  Tak perlu tambah air jika tak perlu (saya tambah sedikit saja).  Ikut pada kepekatan bancuhan adunan.  Sambil itu panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.

3.  Tujuan guna minyak masak banyak untuk hasilkan cekodok bersaiz cantik bulat-bulat.  Bila minyak masak dah panas, bolehlah masukkan adunan cekodok menggunakan sudu atau jemput-jemput dengan tangan.  Goreng sehingga keperangan yang diingini.  Angkat dan toskan minyaknya di atas tisu dapur.
SIAP !





No comments:

Post a Comment