RESIPI JELLY PAPAYA
sumber : DapurTanpaSempadan@CMG ...
Bahan-Bahan :
200 gm betik yang masak ranum *
125 ml air * ( * dikisar halus )
5 gm serbuk jelly Konnyaku
5 1/2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan ~ disimpul
2 1/2 cawan air
150 ml susu sejat "IDEAL"
Sedikit betik yang didadu ~ untuk hiasan
Cara-Cara :
1. Dalam periuk, satukan air, serbuk jelly konnyaku, gula pasir dan daun pandan. Kacau rata dan jerang sehingga mendidih. Kacau selalu dan tuangkan susu sejat, kacau lagi sehingga rata.
2. Masukkan betik yang dikisar dan kacau sehingga sebati. Tambah sedikit pewarna oren, kacau lagi. Keluarkan/buangkan daun pandan dan tuangkan ke dalam acuan kegemaran, biar hilang wap panas dan simpan di dalam peti sejuk.
3. Hidangkan dingin dan hiaskan dengan betik yang telah di dadu kecil tadi.
SIAP !!!
No comments:
Post a Comment