KEK PISANG

Thursday, April 16, 2020

YOGURT BANANA BREAD ...








YOGURT BANANA BREAD
sumber :    menudapozati ...




Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate@baking soda
1/4  sudu teh  garam
1/2  cawan  minyak jagung
1/2  cawan  yogurt asli,  suhu bilik   (135 gm)
1  cawan  gula perang
2  biji  telur gred A
1  cawan  pisang atau ikut pilihan pisang yang disukai   ~  dilenyek/diblend untuk tekstur halus
1/2  cawan  chocolate rice
Sedikit chocolate rice untuk ditabur di atas adunan roti


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada Suhu 180'C menggunakan suhu atas bawah selama 20 minit.

2.  Griskan acuan roti (loaf pan) berukuran 7" x 4" dan alaskan dengan baking paper.

3.  Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonate dan garam.  Ayak bahan tersebut dan gaul rata.

4.  Dalam mangkuk berlainan, satukan gula perang dan telur.  Pukul dengan hand whisk sehingga gula larut.

5.  Kemudian masukkan minyak jagung, pisang yang diblend dan yogurt asli.  Gaul sehingga semua sebati.

6.  Masukkan adunan tepung dan chocolate rice tadi ke dalam adunan pisang dan gaul sehingga semua rata.  Jangan over mix.

7.  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disediakan, taburkan chocolate rice dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

8.  Biarkan selama 15 minit selepas masak, baru dikeluarkan dari acuan dan sejukkan di atas wire rack.
SIAP !





No comments:

Post a Comment