KEK PISANG

Wednesday, April 22, 2020

APAM BALIK CHEESE SUSU ...









APAM BALIK CHEESE SUSU
sumber :    Insta@julia_aleenairesh ...




Bahan-Bahan :

240  gm  tepung gandum
100  gm  gula kastor
250  ml  susu cair
1  biji  telur   (me :  gred A)
50  gm  Plantan   (dicairkan & sejukkan)
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
Beberapa titis pewarna kuning


Inti :   Parutan cheddar cheese & susu pekat manis secukupnya

*** Sediakan planta/mentega/merjerin untuk sapuan atas apam balik.


Cara-Cara :

1.  Satukan gula kastor dan telur, putar guna mixer atau guna blender, kisar sehingga gula hancur dan berbuih kembang.  (Saya guna blender jer).

2.  Masukkan susu cair, soda bikarbonate, baking powder, mentega cair dan pewarna kuning, kisar/putar lagi.

3.  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, selepas itu kisar/putar sehingga sebati.  (Tidak perlu diperap ~ adunan agak likat).

4.  Tiada kuali apam balik guna jer kuali non-stick, letakkan sedikit Planta, panaskan kemudian letak anggaran secawan adunan dan ratakan adunan menggunakan bawah cawan.

5.  Biarkan masak dan akan terbentuk pada permukaan apam balik seperti berlubang-lubang.  Jika guna jagung, kacang dan gula, sila lah tabur mengikut kesukaan.  Jika guna cheese dan susu, angkat ke dulang dahulu selepas itu letakkan susu pekat dan parutan cheese, jika suka lagi tabur chocolate rice, lipat dua dan terus sapu Planta dipermukaan kulit apam balik, boleh potong dan sedia dihidangkan ... Siap !

No comments:

Post a Comment