KARI TELUR DENGAN
KACANG BUNCIS
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
6 biji telur yang sudah direbus
Kacang buncis (tak letak sebab tiada stok)
3-4 tangkai cili hijau ~ hiris atau belah 2 tak putus
4 tangkai cili padi
1 biji buah tomato ~ dibelah 3 atau 4
4 biji bawang merah ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
1 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 pek kecil rempah kari daging
1 kotak santan kotak
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar sos tiram ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu kecil pes asaj jawa Adabi
Garam
Sedikit gula
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis kayu manis, bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat sehingga naik bau. Masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air secukupnya sehingga mendidih. Masukkan santan dan kacau rata.
3. Masukkan telur yang sudah siap direbus, kerisik, sos tiram, pes asam jawa, garam dan gula. Kacau rata.
4. Setelah mendidih dan terbit minyak, masukkan buah tomato, cili hidup dan kacang buncis (jika guna).
5. Kacau seketika dan bolehlah ditutup api supaya kacang buncis tidak terlebih masak.
SIAP !
No comments:
Post a Comment