KEK PISANG

Friday, April 10, 2020

PUDING KARAMEL TANPA TELUR ...










PUDING KARAMEL TANPA TELUR
sumber :    FB@Mariana Zainal




Bahan Air Gula Hangus :

2  sudu besar  gula pasir
2  sudu besar  air panas


Bahan Puding :

1  paket  serbuk agar-agar plain   (10 gm)
4  cawan  air
3  sudu besar  tepung kastad
1  tin  susu cair
1  cawan  susu pekat manis
1  sudu kecil  esen vanilla   (saya tambah)


Cara-Cara :

1.  Masukkan gula pasir dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau ya).  Bila dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.

2.  Buka api dan masak sehingga gula larut.  Tutup api.  Biarkan seketika.

3.  Jika dalam bekas dadih kecil-kecil seperti dalam gambar di atas, sukatan gula pasir dan air berbeza iaitu 3/4 cawan gula pasir (hampir penuh cawan) dan 1 cawan air panas.  Cara membuat sama, dah siap gula hangus, masukkan 1 sudu besar air gula hangus ke dalam bekas dadih tadi.  Ketepikan seketika sementara kita sediakan bahan puding pula.

4.  Jika menggunakan loyang (saiz 7 inci bulat), taburkan gula pasir di dalam loyang.  Masak sehingga keperangan.  Kemudian goyangkan/lenggangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata disekeliling loyang.  Ketepikan.   (Tak perlu masukkan air).

5.  Untuk bahan puding :   Dalam bekas/periuk, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla.  Kacau sehingga tidak berketul.

6.  Masukkan pula serbuk agar-agar, air dan susu pekat manis, kacau sebati.  Masakkan di atas api sederhana.  Kacau sehingga larut.

7.  Apabila dah mendidih, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus atau bekas dadih berisi gula hangus tadi.  Biarkan sedikit suam.  Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2-3 jam.  Bila dah sejuk, letak dalam bekas/piring secara terbalik ... SIAP!

No comments:

Post a Comment