OREO BASQUE BURNT CHEESECAKE
sumber : FB@Julia Aleen Airesh
Bahan-Bahan :
250 gm cream cheese Tatura, suhu bilik
10 gm tepung gandum
85 gm gula kastor
2 biji telur gred A atau B
125 ml dairy whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
3 keping biskut Oreo ~ dipatah-patah kecil
Cara-Cara :
1. Sediakan loyang saiz 6 inci bulat, sapu sedikit mentega dan lapik dengan baking paper melebihi loyang.
2. Satukan cream cheese dan gula kastor, pukul sehingga creamy.
3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul sebati.
4. Masukkan tepung gandum, pukul sebati.
5. Masukkan dairy whipping cream, pukul sebati.
6. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang, taburkan biskut Oreo kemudian tuangkan lagi baki adunan tadi perlahan-lahan sehingga adunan merata menutupi biskut Oreo.
7. Pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api atas bawah. Bakar sehingga masak (bergantung pada suhu oven masing).
8. Setkan lagi sekali masa 10 minit api atas sahaja, masa masih sama, biarkan permukaan kek terbakar coklat gelap. Jangan legam sangat, pastikan biskut Oreo tidak hangit rentung. (me : terlebih masa bakar hehehe).
9. Keluarkan dari oven biarkan sejuk sekejap selama 15 minit kemudian boleh disimpan di dalam peti ais dahulu sebelum dipotong. Sedap dimakan sejuk.
NOTA : Saya bakar suhu 200'C selama 40 minit sampai permukaan cheesecake kelihatan berwarna coklat gelap dan bahagian tengah sedikit bergoyang.
No comments:
Post a Comment