KEK PISANG

Friday, April 24, 2020

SALAM 1 RAMADAN & SALAM JUMAAT AL MUBARAK !








RESIPI TEPUNG PELITA
sumber :    FB@Kuali Mama
kredit to :    wan nurul hidayah
(14 bekas dadih)


Versi tak perlu dikukus, tak perlu daun pandan, guna apa ada dirumah sahaja sempena PKP (kes corona virus)...


Bahan Adunan Hijau :

1  cawan  gula kastor/gula pasir
1  cawan  tepung beras   (cap apa sahaja selain cap 5 ekor gajah, saya guna Cap Teratai)
4  cawan  air
1  sudu besar  pewarna hijau epal


Cara-Cara :

Satukan semua bahan adunan hijau di dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, kemudian baru masak dengan api sederhana sampai pekat.  Sentiasa dikacau agar tidak hangit.  Kemudian terus masukkan panas-panas ke dalam acuan kecil-kecil untuk senang ketika hendak makan.


Bahan Adunan Putih :

4 atau 5  sudu besar  tepung beras
200 - 250  ml  santan kotak
3  cawan  air
1  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

Sama seperti di atas.  Bila dan pekat/ada buih besar meletup-letup, tutup api dan bolehlah dituangkan di atas lapisan hijau.  Tuang panas-panas.
SIAP !


Tambahan :    Blendkan 2 sudu besar gula pasir jadikan gula hancur.  Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan adunan hijau yang dah siap masak tadi.  Jadi sedap dimakan bila gula tu cair bila adunan hijau yang panas diletakkan.


TIPS !   Kacau berterusan.  Jangan berhenti nanti berketul-ketul (tak cantik) dalam 10-15 minit dah pekat dah.





No comments:

Post a Comment