Friday, April 10, 2020
DAGING MASAK LEMAK CILI API ...
DAGING MASAK LEMAK CILI API
- NEGERI SEMBILAN STYLE
sumber : seripayaku
Bahan-Bahan :
1/2 kg daging batang pinang ~ dipotong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
2 batang serai ~ dititik
20 biji cili padi (kurangkan jika tak suka pedas ~ saya guna separuh jer)
3 biji ubi kentang ~ kupas kulit, belah ikut suka & rendam untuk mengelakkan kentang lebam
1/2 inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit ~ dicarik atau dihiris
Sedikit garam
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Blend/kisar cili api, kunyit hidup sehingga halus. (lagi sedap jika ditumbuk).
2. Masukkan bahan yang telah di blend/tumbuk, serai yang telah dititik ke dalam periuk. Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga daging empuk/lembut.
3. Setelah daging empuk/lembut, masukkan santan cair dan air tadi. Kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit.
4. Apabila ubi kentang telah empuk/lembut, masukkan santan pekat dan garam. Sesuaikan rasa, tutup api. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment