KEK PISANG

Monday, April 13, 2020

APAM PISANG DWI LAPISAN ...








APAM PISANG DWI LAPISAN
sumber :    jintanmanis.com




Bahan-Bahan :

2 1/2  cawan  tepung gandum *
1  sudu kecil  baking powder *
1/2  sudu kecil  soda bikarbonate *   ( * diayak bersama )
2  biji  telur   (me :  guna gred A)
1/2  cawan  minyak masak
3/4  cawan  gula kastor/gula pasir
5  biji  pisang berangan yang sudah masak ranum dilecek dengan secubit garam
1/2  cawan  susu segar atau santan
Beberapa titik esen vanilla
4  sudu besar  serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco  (untuk lapisan coklat)


Cara-Cara :

1.  Lecek pisang berangan bersama secubit garam sehingga hancur.  Selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur sehingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2.  Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanilla, pukul lagi.  Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang-seli dengan susu segar, kacau sebati.

3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.

4.  Panaskan periuk kukusan, pastikan acuan disapu dahulu dengan sedikit minyak.  Sudukan adunan apam pisang coklat separuh acuan dan sudukan pula adunan apam pisang warna asal di atasnya, pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti.

5.  Kukus selama 8 ke 15 minit dengan menggunakan api sederhana.
SIAP !





No comments:

Post a Comment