Wednesday, April 29, 2020
BUNCIS GORENG TELUR ...
BUNCIS GORENG TELUR
sumber : WWW.RASA.MY FEB.2020
Bahan-Bahan :
1/2 kg sayur buncis ~ dihiris serong
1 tiub taufu telur
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dipotong/dicincang
1 biji telur ~ dipukul sedikit (me : tambah)
1/2 batang lobak merah ~ dihiris
Sos tiram secukupnya
Gula & garam secukupnya
1 biji cili merah ~ hiris (hiasan)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Potong taufu telur dan gorengkan dahulu. Masukkan sedikit garam untuk elak dari meletup.
2. Kurangkan minyak gorengan sedikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan lobak merah. Masak hingga kekuningan. Ketepikan sayur, masukkan telur, biarkan sedikit mengeras dan kacau.
4. Masukkan sos tiram dan masukkan sayur buncis. Masukkan sedikit air, jika perlu. Akhir sekali masukkan taufu telur yang telah digoreng tadi.
5. Perasakan dengan gula dan garam. Cepat-cepat gaul sebati dengan api yang besar dan masukkan cili merah sebagai hiasan.
6. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment