KEK PISANG

Sunday, April 12, 2020

MUFFIN PISANG COKLAT ...








MUFFIN PISANG COKLAT
sumber :    dapozati.blogspot.com
kredit :    Hanieliza




Bahan Adunan Kering :

1  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  serbuk koko
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
Sedikit garam


Bahan Adunan Basah :

3/4  cawan  pisang yang sudah di lenyek
1/2  cawan  minyak jagung/minyak masak
1/2  cawan  gula perang
1  biji  telur gred A yang sudah dipukul sedikit
Chocolate Chips secukupnya


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada Suhu 170'C selama 15 minit.
2.  Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk.  Ketepikan seketika.
3.  Campurkan semua bahan basah ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.
4.  Masukkan bahan kering yang sudah diayak ke dalam campuran bahan basah.
5.  Kacau dengan whisk sekejap saja.  Jangan terlebih kacau nanti muffin akan keras selepas dibakar.
6.  Letakkan kertas muffin ke dalam dulang muffin.  Sudukan adunan tadi sehingga 3/4 penuh.
7.  Taburkan chocolate chip dan sedikit badam cincang, jika suka di atas adunan muffin tadi.
8.  Bakar selama 20-25 minit sehingga masak pada Suhu 170'C.





No comments:

Post a Comment