KEK PISANG

Thursday, April 16, 2020

SET NASI LEMAK ...






RESIPI SAMBAL SOTONG
sumber :    menudapozati.blogspot.com




Bahan-Bahan :

Semangkuk  sotong   ~  dibersihkan, potong bulat & ditoskan
1  senduk besar  cili kisar
1  biji  bawang besar   ~  hiris kasar
1  sudu besar  gula
Sedikit garam
1  keping  asam keping@gelugor
1  sudu besar  sos tiram


Bahan Kisar :

2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga sedikit wangi dan kemudian masukkan cili kisar.

2.  Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.  Semasa ini, bolehlah dimasukkan asam keping@gelugor.

3.  Masukkan gula terlebih dahulu supaya warna sambal menjadi cantik.  Letakkan sos tiram.  Kacau sebati dan bolehlah masukkan sotong yang sudah ditoskan tadi.  Sotong akan mengeluarkan sedikit air jadi air tidak diperlukan melainkan anda inginkan kuah yang cair.

4.  Masukkan garam.  Sesuaikan rasa dan tutup api kerana sotong hanya masak sekejap saja.  Jika tidak sotong akan liat dan keras.










RESIPI NASI LEMAK
sumber :    menudapozati ...




Bahan Untuk Nasi :

2  cawan  beras   ~  basuh sehingga bersih & toskan   (untuk 2 orang makan)
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
1  biji  bawang merah   ~  hiris nipis   (optional)
1  inci  halia   ~  hiris kasar  (optional)
1  kotak  santan KARA   (me :  guna yang kecil)
Sedikit garam
Air secukupnya   (anggaran  1 cawan)


Cara Memasak :

1.  Campurkan bahan-bahan di atas di dalam bekas yang sesuai dan gaulkan sebentar supaya semuanya sebati.

2.  Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi@rice cooker dan masak seperti nasi biasa.

3.  Apabila sudah masak, kacau supaya nasi gebu dan tidak berketul.
SIAP !



SAMBAL NASI LEMAK SERINGGIT




Bahan-Bahan :

20  tangkai  cili kering   ~  dibasuh & direbus sehingga lembut *
1  ulas  bawang putih *
2  ulas  bawang merah *
1  labu  bawang besar *   ( * kisar sehingga lumat )
1  labu  bawang besar   ~  dihiris nipis   (untuk menumis)
Gula Melaka secukup rasa   (gantikan dengan brown sugar)
1  sudu besar  gula putih
Garam secukupnya
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
1  sudu teh  pes asam jawa Adabi   ~  dibancuh dengan 4 sudu air)


Cara Memasak :

1.  Masukkan minyak masak lebih kurang 1/4 cawan ke dalam kuali.  Tumiskan bawang besar dihiris bersama daun pandan.  Masak sehingga naik bau dan bawang menjadi layu.

2.  Kemudian masukkan pula bahan kisar dan masak cili sehingga pecah minyak dan sedikit garing.

3.  Tuangkan air asam jawa tadi dan kacau rata.  Biarkan sebentar selama lebih kurang seminit, barulah masukkan gula Melaka dan gula putih.  Kacau rata.

4.  Perasakan dengan garam secukup rasa.  Kacau sambal sehingga semuanya sebati.  Jika sambal terlalu kering, tambah sedikit air dan masak mengikut kepekatan sambal yang disukai.  SIAP!

5.  Sambal akan lebih sedap jika dibiarkan semalaman.

No comments:

Post a Comment