RESIPI CUCUR ROTI
sumber : FB@mamaqaireen.com
Bahan-Bahan :
5 keping roti putih ~ potong dadu kecil-kecil
2 biji bawang merah ~ potong dadu kecil-kecil
1 biji cili merah ~ potong dadu kecil-kecil
2 biji telur (me : gred A)
2 sudu makan tepung gandum
2 tangkai daun sup & daun bawang ~ hiris halus
Sedikit ikan bilis ~ ditumbuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak
Cara Bancuhan & Masak :
1. Gaul kesemua bahan hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tidak sedap pula.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan buat jemput-jemput bulat. Goreng dengan api sederhana.
3. Terbalikkan cucur tersebut dan biarkan seketika. Selepas itu boleh diangkat dan toskan di atas tisu dapur/paper towel.
No comments:
Post a Comment