KEK PISANG

Wednesday, April 22, 2020

AYAM MASAK KICAP ...









RESIPI AYAM MASAK KICAP
MUDAH & SEDAP
sumber :    Azie Kitchen ...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  potong ikut suka, cuci bersih & toskan
2  biji  ubi kentang   ~  dipotong nipis
Bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis  (anggaran jer)
2  batang  serai   ~  dititik
1  biji  bawang besar Holland   ~  dihiris
1  tangkai  cili merah   ~  dihiris
Daun bawang secukupnya   ~  dipotong kasar
Kicap lemak manis secukupnya
Air secukupnya
Garam
Minyak masak


Bahan Tumbuk :

1/2  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
1  inci  halia
1  sudu besar  cili kering kisar


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit.  Ubi kentang dipotong nipis.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ubi kentang sehingga keperangan.  Angkat kemudian gorengkan pula ayam sehingga 90% masak sahaja.

2.  Dalam kuali lain, panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau.

3.  Masukkan cili kering kisar, rempah penumis dan serai yang dititik.  Kacau rata sehingga bahan yang ditumis masak dan terbit minyak.

4.  Masukkan kicap lemak manis dan air secukupnya.  Masukkan ayam yang digoreng, kacau rata supaya perisa ayam mesra dengan kuah.  Masak lagi sehingga kuah pekat dan melekit.
NOTA :   Jika suka banyak kuah, lebihkan air.

5.  Jika tidak guna kicap lemak manis, boleh masukkan sedikit gula atau gula melaka.

6.  Akhir sekali masukkan bawang besar hiris, kentang goreng dan cili merah yang dihiris.

7.  Setelah semua sebati, sesuaikan rasa.  Taburkan daun bawang.  Sedia untuk dihidangkan.
Siap !

No comments:

Post a Comment