Tuesday, April 7, 2020
SWEET & SOUR SOSEJ ...
RESIPI SWEET & SOUR SOSEJ
Bahan-Bahan :
8 batang sosej ~ kerat 3 & celur sekejap, toskan
1/2 batang lobak merah ~ hiris serong
1 biji tomato ~ belah 6
2 pokok daun sup ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
3 cm halia ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 tangkai cili merah ~ hiris
1 tangkai cili hijau ~ hiris
3/4 cawan sos cili
3 sudu makan sos tomato
2 biji limau kasturi ~ perah & ambil jusnya
1/2 kiub pati ayam
Garam & gula secukup rasa ~ jika perlu
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata. Masukkan lobak merah dan masak sekejap hingga lobak merah lembut (tambah sedikit air jika perlu).
2. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato, kacau rata, kemudian tambah sosej. Masukkan kiub pati ayam tadi dan kacau hingga mesra. Tambah jus limau kasturi, kacau dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sedikit garam dan gula (jika perlu), kacau dan masukkan daun sup, masak hingga kuahnya pekat, matikan api. Hidangkan panas-panas bersama nasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment