APAM TOKYO/TOKIAW/MANJA
sumber : FB@MAHI ...
Bahan Kulit :
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik@baking powder
1 biji telur (gred A)
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar atau susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam
Cara-Cara :
Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian satukan dengan semua bahan lain dan kacau sehingga sebati.
Senduk/sudukan di atas pan (1 sudu besar). Biarkan seketika sehingga sedikit kering, calit/paipkan inti dan lipat ketika masih panas agar ia bercantum.
Bahan Inti Kastad :
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu teh pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla
Cara-Cara :
Masak sehingga pekat. Sejukkan dan sedia digunakan.
Bahan Inti Kaya :
60 gm gula pasir
125 ml air panas
1 sudu besar tepung jagung
170 gm gula kastor
300 ml santan
3 biji telur (gred A)
Daun pandan
Secubit garam
Cara-Cara :
Hanguskan 60 gm gula pasir sehingga kelihatan keperangan. Kemudian masukkan air panas. Sejukkan seketika.
Bancuh bahan-bahan lain, satukan semua dalam periuk. Masak sampai likat.
Nak cantik licin macam kaya di kedai, dah siap jangan lupa blend/kisar. Memang cantik licin.!
No comments:
Post a Comment