Friday, April 17, 2020
AYAM GULAI PADANG ...
RESIPI AYAM GULAI PADANG
sumber : Majalah RASA Jun 2019 ...
Bahan-Bahan :
1.5 kg ayam ~ potong sederhana & bersihkan
1 liter santan
3 batang serai ~ titik
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit ~ siat & simpul (me : carik-carik jer)
3 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
Bahan-Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
6 biji cili merah
5 biji buah keras
10 biji cili padi
4 cm kunyit hidup
3 cm halia
3 cm lengkuas
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali/periuk, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan hingga ayam mengecut seketika.
3. Kemudian masukkan santan, kacau rata dan biarkan gulai mereneh atas api sederhana hingga ayam lembut/empuk.
4. Apabila ayam telah lembut, masukkan asam gelugor, daun kunyit dan daun limau purut, kacau rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah kuah pekat, ayam lembut/empuk dan cukup rasa, tutup api.
7. Ayam Gulai Padang sedia dihidangkan bersama nasi atau ketupat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment