KEK PISANG

Friday, March 13, 2020

SERIMUKA VERSI ACUAN LOMPANG ...









SERIMUKA VERSI ACUAN LOMPANG
sumber :    FB@www.rasa.my




Bahan Bawah :

1  cawan  beras pulut   (me :  guna pulut susu)
1  cawan  santan cair
1  sudu makan  minyak masak
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Rendam beras pulut selama 1 jam.  Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain.

2.  Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang.  Tekan-tekan pulut sehingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik.  Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.


Bahagian Atas :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  santan pekat
3  sudu makan  tepung ubi
1  cawan  air pandan   (1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan & tapis ambil jusnya)
1  biji  telur   (me :  guna gred A)
1/2  cawan  gula   (lebihkan jika nak lebih manis)
1/2  sudu teh  jintan manis   (me :  tak letak)
Secubit garam & pewarna hijau


Cara-Cara :

1.  Satukan santan, telur dan gula.  Kacau sehingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain.

2.  Masak di atas dapur seketika sehingga naik wap.

3.  Tapiskan bancuhan kemudian tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi. 

4.  Kukus kuih selama 30 minit.  Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup kukusan dan kukus tanpa penutup.  Ia bertujuan untuk mengeringkan air dipermukaan kuih.

5.  Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan.

6.  Sedia untuk dinikmati.

(Anggaran jumlah kuih :   30 biji/acuan lompang)





No comments:

Post a Comment