KEK PISANG

Monday, March 23, 2020

PAPRIK SOTONG ...









RESIPI PAPRIK SOTONG
sumber :    Fiza's Cooking ...




Bahan-Bahan :

1/2  kilo  sotong   ~   dibersihkan, potong & toskan
2  ulas  bawang putih   ~  dicincang halus
3  sudu besar  cili kering kisar
3  sudu besar  sos cili
2  sudu besar  sos tomato
2  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  kicap manis
Garam  secukupnya
Minyak masak


Bahan B :

1  labu  bawang Holland   ~  diracik
2  tangkai  cili merah   ~  dihiris serong
15  biji  cili api   ~  diketuk
2  helai  daun limau purut   ~  disiat-siat & buang urat tengahnya
Bunga kobis secukupnya   ~  dihiris kecil
5  biji  putik jagung   ~  dihiris serong
1/2  batang  lobak merah   ~  dihiris ikut suka
3  tangkai  kacang panjang   ~  dipotong 1 inci
2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.  Tumis bawang putih sehingga wangi.

2.  Masukkan cili kisar dan masak sebentar lalu masukkan semua sos.  Kacau sehingga pecah minyak.

3.  Masukkan semua Bahan B, kacau seketika.

4.  Masukkan pula sotong.  (Jika dilihat resipi ini, saya masukkan sayur dahulu baru sotong sebabnya sotong tidak perlu terlampau masak kerana isinya akan menjadi liat).

5.  Kacau rata sehingga isi sotong layu dan masukkan air.  Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit serbuk perasa (jika suka).

6.  Kacau sebentar sebelum matikan api dapur dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment